Friday, July 31, 2009

Festival Dokumentari Malaysia 2009

Pada 29 julai lalu berlangsungnya Malam Anugerah Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang bertempat di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang.

Anugerah yang julung kali diadakan ini adalah bagi mengangkat dan menghargai penggiat-penggiat dokumentari di Malaysia. Ini dah bagussss…

Aku pun rasa macam nak masuk jer. Aku nak nak dokumentarikan budak-budak yang tengah lagakan spider. Mesti bestkan! Budak sekarang dah x tau laga spider camna. Yang diorang tau main PS2 jela...tapi aku nak tayang kat mana plak???


Sambung balik...Dan 4 pemenang yang memenangi kategori utama akan di terbangkan ke Kota Kinabalu , Sabah bagi menyertai Festival Filem Malaysia 22yang bakal diadakan pada 8 ogos nanti di Dewan Cancelor Universiti Malaysia Sabah. Best!!!!


Diantara yang menang adalah team Majalah 3… sempatlah jugak aku amik gambar diorang. Dalam pada tu aku pun ada tanam angan-angan nak dapat anugerah ni jugak nanti..amin....



Pastu tadi aku g Finas lagi...pasal taklimat akhir ngan pengumuman calon-calon yang bertanding. Tiket-tiket penerbangan pun diagihkan tadi. yang bestnya semasa taklimat tu ada la orang-orang kuat persatuan ni cadang macam-macam. Aku dah rasa macam tawaran perniagaan plak. Tapi yang bagusnya ada komunikasi kat situ.

Ramai jugaklah wartawan yang datang termasuklah dua orang wartawan hiburan terkenal dari Utusan Malaysia iaitu Abd Aziz Itar dan pengelola segmen Kringg..Kringg dalam Pancaindera iaitu Niezam Abdullah.


Kat opis plak masing-masing tengah sibuk siapkan story, tulis skrip ngan touch up story. Yang paling panas story Michelle, dia edit cerita Radhi OAG kat mahkamah. Panas siot! tengok jela muka dia yang sangap + gabra tengah siapkan story tu...hehehehee




2 comments:

  1. mudah2an tcapai ape yg dihajatkn...amin......

    ReplyDelete
  2. i dh tgk melodi lepas... mmg dramatik giler....aahhaah...n panassss jugerr...

    ReplyDelete