Friday, July 31, 2009

Festival Dokumentari Malaysia 2009

Pada 29 julai lalu berlangsungnya Malam Anugerah Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang bertempat di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang.

Anugerah yang julung kali diadakan ini adalah bagi mengangkat dan menghargai penggiat-penggiat dokumentari di Malaysia. Ini dah bagussss…

Aku pun rasa macam nak masuk jer. Aku nak nak dokumentarikan budak-budak yang tengah lagakan spider. Mesti bestkan! Budak sekarang dah x tau laga spider camna. Yang diorang tau main PS2 jela...tapi aku nak tayang kat mana plak???


Sambung balik...Dan 4 pemenang yang memenangi kategori utama akan di terbangkan ke Kota Kinabalu , Sabah bagi menyertai Festival Filem Malaysia 22yang bakal diadakan pada 8 ogos nanti di Dewan Cancelor Universiti Malaysia Sabah. Best!!!!


Diantara yang menang adalah team Majalah 3… sempatlah jugak aku amik gambar diorang. Dalam pada tu aku pun ada tanam angan-angan nak dapat anugerah ni jugak nanti..amin....



Pastu tadi aku g Finas lagi...pasal taklimat akhir ngan pengumuman calon-calon yang bertanding. Tiket-tiket penerbangan pun diagihkan tadi. yang bestnya semasa taklimat tu ada la orang-orang kuat persatuan ni cadang macam-macam. Aku dah rasa macam tawaran perniagaan plak. Tapi yang bagusnya ada komunikasi kat situ.

Ramai jugaklah wartawan yang datang termasuklah dua orang wartawan hiburan terkenal dari Utusan Malaysia iaitu Abd Aziz Itar dan pengelola segmen Kringg..Kringg dalam Pancaindera iaitu Niezam Abdullah.


Kat opis plak masing-masing tengah sibuk siapkan story, tulis skrip ngan touch up story. Yang paling panas story Michelle, dia edit cerita Radhi OAG kat mahkamah. Panas siot! tengok jela muka dia yang sangap + gabra tengah siapkan story tu...hehehehee




Wednesday, July 29, 2009

Voice Projection Training



Hahhhhhaaa..hahha....

tadi berakhir lah sudah kelas 'melontarkan suara' yang dikendalikan oleh kak Nurfarahin. 4 kali kelas rasa macam cepat sangat habis..

Rata-rata keseluruh peserta yang datang kelas kali ni memang pecah perut. mana taknye...kalo dah masuk 4 peserta yang memporak perandakan setiap sesi - compare Remaja. hahakhak... bukan kasi jahanam kelas..tapi menggamatkan lagi keadaan laaa...perkara ni memang diakui sendiri oleh kak Farah...

Kelas ni memang bagus sebab kita leh perbaiki segala kelemahan yang kadang2 kita tak sedar secara langsung atau pun tidak...

nanti aku tuliskan apa yang kitorang belajar sebab aku nak kuar assignment ni. Kena g Finas untuk Malam Anugerah Festival Dokumentari 2009. Dato' Dr. Rais Yatim pun ada gak sebab nak sampaikan anugerah katanya...

tgu aku up date nanti ek...

adiosss..

Tuesday, July 28, 2009

Kaa Gaa Haa...

Hari-hari berlalu suram selepas pengkebumian arwah Cik Min. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Ramai rakan-rakan dan keluarga yang datang ke Masjid SS19 Subang Jaya aritu.

Walaupun pada sidang media yang diadakan di hospital 23hb Julai sebelum itu ada meminta supaya mereka tidak berkumpul di masjid dan tanah perkuburaan namun beliau mempunyai ramai rakan di seluruh dunia. Apalah sangat....

Yang kurang enak bila ada pulak rakan arwah (bukan muslim) yang ingin membantu di Masjid dengan mengarahkan wartawan dan jurugambar supaya tidak membuat liputan...Alahaiii... lagaknya macam gangster. Diorang ingat kita kat pasar borong ke hape??? jenazah muslim, di masjid plak tu...nasib baik la photographer ngan cameraman Malaysia sabar belaka..kalo tak mamat cina 3 - 4 orang orang tu memang kena cantas...

Apa yang diorang buat tu tak salah tapi rasanya kurang pengetahuan tentang adab orang islam dan melayu. itulah yang jadi bila taknak amik tau pasal budaya orang. Perkara begini takkan berlaku kalo ahli keluarga lantik orang masjid untuk uruskan sume ni..

Pening pale kalo nak pikir pasal hal orang nih...tu pasallah aku memang malas nak tegur orang yang wat salah sebab diorang ni kadang-kadang rasa diri diorang tu betul...What ever....

Yang penting aku ada last Class untuk Voice Projection Training arini kul 3. Kelas ni untuk memantapkan suara apabila wat stand upper n bila nak wat interview. Supaya jelas, terang dan orang faham bila kita cakap...hehehee

Salah satu latihannya adalah bercakap melalui perut. HHaaaa camna tu. Mula-mula penuhkan udara di perut kemudian sebut Kaa Gaa Haa....

Ikut ya... Kaa Gaa Haaaaaa....

Hehehhehehhehe...

Saturday, July 25, 2009

Al-Fatihah

Selesai dari wat assignment program realiti Oo La La di Shah Alam aku balik..letak beg n g toilet jap. Datang kat meje, tgk handfon sms dan missed call berderet. Masa tu dah pukul 1205am.

Berita yang amat mengejutkan diterima apabila di beritahu Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad yang sedang koma di Hospital Pakar Damansara meninggal dunia. Subhanallah..Innalillahuainnalillahirajiun..

Arwah meninggal dunia disamping suami tersayang, ahli keluarga terdekat serta doktor yang merawat pada jam 2345 25hb Julai 2009 akibat pendarahan di otak akibat strok.

Atas arahan boss ngan penerbit aku trus capai kamera yang dah pulang tadi kat ENG pastu naik motor jer g Damansara Specialist Hospital. kat hospital dah ramai rakan-rakan ngan ahli keluarga terdekat berkumpul. Suasana kat situ memang suram jer. masing-masing seperti takde suara nak bercakap...aku first reporter yang naik atas.

awal-awal lagi reporter yang datang di minta tidak naik ke ICU sebab atas permintaan keluarga. press kena berkumpul kat tingkat satu. aku naik jugak pasal aku rasa aku diantara yang rapat dengan arwah...atas tiket tu aku stay. bukan sebab aku reporter. Uncle Pete saound aku press kena turun bawah...tapi dia faham. sebab aku pernah ada dalam Mualaf kat Perak dengan dia...

Ramai rakan artis yang hadir, pastu Dato' Farid ajak aku turun bawah coz ada Press Conference....Mama Fatimah Abu Bakar, Dr Zakaria (adik ipar Arwah) & Dato' Farid bercakap bagi pihak keluarga. jenazah akan dibawa ke masjid SS19, Subang Jaya untuk dimandi, kafan dan di solatkan sebelum Zohor...

Pihak keluarga meminta supaya peminat dan rakan diharap tidak terlalu memenuhi perkarangan masjid bagi mengelakkan kesesakan dan untuk keselesaan jemaah di Masjid kecuali semasa solat jenazah..

Esok kena cover plak kat Masjid dan semasa kebumi nanti..tapi diorang tak bgtau lagi lokasi pengkebumian...tunggu besok jugak..ni aku nak balik tido dulu sebab pagi esok kena bangun awal. tadi dengar cite jenazah akan sampai di masjid awal pagi untuk dimandikan..harap tak lewat..

tunggu laporan esok ekkk..

Ooo La La!

hari ni hari yang penuh bosan...banyak perkara dan hal yang berlegar dalam kepala. Team Melodi sume dah pegi Sarawak tuk Jomheboh kat Petrajaya, Kuching. siot betol. Aku tinggal sesorang kat sini, tapi xpe...sempat jugak aku buat blog ni walau pun dalam keadaan blurrrr...

hmmmm.... jap lagi nak g assignment pencarian bakat Ooo La La kat Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam kul 8.00 malam. Satu lagi program pencarian bakat realiti di Televisyen. Semoga dapat jugaklah cari pelapis kepada industri muzik kita yang semakin sendu nih...

Tunggu laporan aku nanti ekk...