Tuesday, July 28, 2009

Kaa Gaa Haa...

Hari-hari berlalu suram selepas pengkebumian arwah Cik Min. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Ramai rakan-rakan dan keluarga yang datang ke Masjid SS19 Subang Jaya aritu.

Walaupun pada sidang media yang diadakan di hospital 23hb Julai sebelum itu ada meminta supaya mereka tidak berkumpul di masjid dan tanah perkuburaan namun beliau mempunyai ramai rakan di seluruh dunia. Apalah sangat....

Yang kurang enak bila ada pulak rakan arwah (bukan muslim) yang ingin membantu di Masjid dengan mengarahkan wartawan dan jurugambar supaya tidak membuat liputan...Alahaiii... lagaknya macam gangster. Diorang ingat kita kat pasar borong ke hape??? jenazah muslim, di masjid plak tu...nasib baik la photographer ngan cameraman Malaysia sabar belaka..kalo tak mamat cina 3 - 4 orang orang tu memang kena cantas...

Apa yang diorang buat tu tak salah tapi rasanya kurang pengetahuan tentang adab orang islam dan melayu. itulah yang jadi bila taknak amik tau pasal budaya orang. Perkara begini takkan berlaku kalo ahli keluarga lantik orang masjid untuk uruskan sume ni..

Pening pale kalo nak pikir pasal hal orang nih...tu pasallah aku memang malas nak tegur orang yang wat salah sebab diorang ni kadang-kadang rasa diri diorang tu betul...What ever....

Yang penting aku ada last Class untuk Voice Projection Training arini kul 3. Kelas ni untuk memantapkan suara apabila wat stand upper n bila nak wat interview. Supaya jelas, terang dan orang faham bila kita cakap...hehehee

Salah satu latihannya adalah bercakap melalui perut. HHaaaa camna tu. Mula-mula penuhkan udara di perut kemudian sebut Kaa Gaa Haa....

Ikut ya... Kaa Gaa Haaaaaa....

Hehehhehehhehe...

1 comment:

  1. Kaa Gaa Haaaaaa....gaga..gugu..kakuuu..hehe;p

    ReplyDelete