Saturday, July 25, 2009

Al-Fatihah

Selesai dari wat assignment program realiti Oo La La di Shah Alam aku balik..letak beg n g toilet jap. Datang kat meje, tgk handfon sms dan missed call berderet. Masa tu dah pukul 1205am.

Berita yang amat mengejutkan diterima apabila di beritahu Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad yang sedang koma di Hospital Pakar Damansara meninggal dunia. Subhanallah..Innalillahuainnalillahirajiun..

Arwah meninggal dunia disamping suami tersayang, ahli keluarga terdekat serta doktor yang merawat pada jam 2345 25hb Julai 2009 akibat pendarahan di otak akibat strok.

Atas arahan boss ngan penerbit aku trus capai kamera yang dah pulang tadi kat ENG pastu naik motor jer g Damansara Specialist Hospital. kat hospital dah ramai rakan-rakan ngan ahli keluarga terdekat berkumpul. Suasana kat situ memang suram jer. masing-masing seperti takde suara nak bercakap...aku first reporter yang naik atas.

awal-awal lagi reporter yang datang di minta tidak naik ke ICU sebab atas permintaan keluarga. press kena berkumpul kat tingkat satu. aku naik jugak pasal aku rasa aku diantara yang rapat dengan arwah...atas tiket tu aku stay. bukan sebab aku reporter. Uncle Pete saound aku press kena turun bawah...tapi dia faham. sebab aku pernah ada dalam Mualaf kat Perak dengan dia...

Ramai rakan artis yang hadir, pastu Dato' Farid ajak aku turun bawah coz ada Press Conference....Mama Fatimah Abu Bakar, Dr Zakaria (adik ipar Arwah) & Dato' Farid bercakap bagi pihak keluarga. jenazah akan dibawa ke masjid SS19, Subang Jaya untuk dimandi, kafan dan di solatkan sebelum Zohor...

Pihak keluarga meminta supaya peminat dan rakan diharap tidak terlalu memenuhi perkarangan masjid bagi mengelakkan kesesakan dan untuk keselesaan jemaah di Masjid kecuali semasa solat jenazah..

Esok kena cover plak kat Masjid dan semasa kebumi nanti..tapi diorang tak bgtau lagi lokasi pengkebumian...tunggu besok jugak..ni aku nak balik tido dulu sebab pagi esok kena bangun awal. tadi dengar cite jenazah akan sampai di masjid awal pagi untuk dimandikan..harap tak lewat..

tunggu laporan esok ekkk..

No comments:

Post a Comment