Monday, December 21, 2015

Puisi Kalam Rasa

Muhasabah cinta ku,
Hembusan angin sepoi melagu,
Rentak tari ayunan daun gemalai,
Kicipan irama bersahut sahutan,
Iringan sang kecil ria didebungaan,
Lentukkan merah,kuning,putih,hijau kiri dan kanan,
Berbuai haruman menkhayalkan,
Terpesona mata tak berkelipan,
Lambang agung menceritakan,
Menyatakan kesah taman menawan,
Hendak ku peluk erat tak ku lepaskan,
Ku kutip kutip dan ku sematkan,
Permata berharga berkelip kelipan,
Pada kalam bicara membicarakan.

Muhasabah cinta ku,
Didunia penuh dugaan dan tipuan,
Mana mungkin boleh berseorangan,
Perlu pimpinan dan pedoman,
Petunjuk jalan obor menyala dihadapan,
Menyatakan segala itiqad orang beriman,
Menuju makrifat mengenal tuhan,
Memadamkan taqlid mengarif dan menyakinkan,
Fahamkan kami dalam mengenal mu,
Agar terus mengagung dan membesarkan mu,
Meredai segala ketentuan mu,
Moga jiwa yang kelam bercahaya dengan hidayah mu,

Muhasabah cinta ku,
Ku sapu hilangkan debu debu menepu,
Ku siram lagu noktah penyesalan,
Ku bajai dengan akhlak pujian,
Ku genggami azam berpanduan,
Moga mungkin dapat diputuskan,
Segala nafsu ammarah dan mazmumah,
Ingin ku naik martabat hati,
Sirus Salikin ila ibadati rabbil alamin,
Cahaya hati dan iman,
Jambatan menuju jalan akhirat,
Biar bicara agung menuju matlamat.

Mahasabah cinta ku,
Pada kalam agung mu,
Bukan senang walau mudah dipandang,
Harus ada usaha dan cita cita,
Tinggikan tekat dan azaman,
Musyafahah,talaqi, bersanad, izin murabi,
Disyarati untuk pandangan ilahi,
Luaskan taufiq ku pada kekelaman waktu ini,
Ikatkan hati ni jangan lepaskan lagi,
Pada usia yang penat dalam luas dunia mu,
Moga cahaya syafaat kalam mu,
Menjamin guam bicara alam selepas ini.

Muhasabah cinta ku,
Pada guru yang membuka hati ku,
Pada usaha yang tak pernah jemu,
Memberi jalan dan bimbingan yang berpanjangan,
Memperkenalkan bicara mengagungkan,
Pada pewaris pewaris nabi ketinggian ilmunya,
Al Ghazali, As Syafiee,An Nawawi,
Pada hizib,ratib zikirullah pembersih hati,
Qasidah selawat amalan amalan sunah pada ketinggian cinta Rasul Habibullah,
Kau buka hati hati kami yang malap gelap,
Bicara doa doa mu meresap menyerap,
Cetuskan hati rohani sanubari kami,

Bangkit lah lawan nafsu mu,
Kita kini sudah gersang dalam garis menanti,
Bangunlah dan gagahkanlah langkah perjuang,
Terus menyahut tidak toleh kebelakang,
Terbitkan kudarat mu langkah berbaki,
Bantulah kami dalam dakian ini,
Kadang tak kuat perlu sokongan,
Takut terkulai jatuh tak kesampaian.

Muhasabah cinta ku,
Cukuplah Allah bagi ku, Islam agama ku dan  Nabi Muhammad nabi dan rasul ku...

Nukilan rasa pendosa,
AA SM
10.12.2015

Ilham Arjuna | Happy birthday Noah @ Dinosaur Gym

Cerita Hari Sabtu



Kalau nak cerita pasal aktiviti memang penuh setiap hari. Sabtu lepas satu family pergi Majlis Hari Lahir yang ke 2 anak Penerbit rancangan Melodi di TV3 iaitu Michelle Wee. Nama Anak Michelle ialah Tengku Noah Wee. Comel Anak Michelle. Zuan Bikin Panas pon ada bawa anak & isteri tetapi terpaksa bergegas balik kerana kondisi anak yang kurang sihat dan perlu ke klinik.



 Jom layan video birthday... Happy Birthday Noah. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada Ibu dan Ayah.

 

Ilham Arjuna Riding Spinning Horse

Melayan kerenah anak..ayahanda yang penat

Ilham Arjuna Playing Football at Dinosaur Gym

Thursday, December 17, 2015

1 hari, 1 Papan & 1 Paku

Boleh ke?

Dulu aku pernah tunjuk & bagitau yang aku perlukan tempat berteduh dari hujan dan panas semasa mengusahakan kebun aku...dan korg rasa apa dah jadi dengan projek sendiri bikin tu??

adakah dah jadi tunggul pra-sejarah???


semak samun menjadi karya agung tanpa kanvas??

usaha aku...tenaga aku..penat lelah aku..tenaga aku..modal aku..masa aku...APA HASILNYA????

Kebun Dewa Arjuna

Demikianlah hasilnya...



Wednesday, December 16, 2015

Masa yang hilang

Mencari?? Ketemu??


Empat tahun berlalu umpama nafas yang dihembus tak terasa..masa berlalu pantas kan. apa yang berlaku? Apa yang dilalui?? banyak nak di kongsi..kita cuba hentikan masa untuk kongsi pengalaman yang terjilid.


Wednesday, March 16, 2011

Sendat dan Ketat!!

Whoowwwwww...memang takde masa siot nak bukak blog. ni da masuk bulan keempat. Walaupun banyak pengalaman, tempat, peristiwa, dan pelbagai perkara lagi....

Tapi korang akan tengok jugak apa yang berlaku sepanjang aku menghilang...sume gambar aku ada amik... nnti korang tengok aje lah ekk....

Wednesday, November 3, 2010

Rezeki November ("_,)

Hari ahad yang cerah patut ceria :) memang best. Bangun pagi, gosok gigi, sidai baju (hmmmm..agak canggung bunyinye bila ada anak teruna sidai baju hehehehe..maklum la bujang).. mandi dan siap pegi opis.

Tapi berapi jugak hati aku ni bila tayar yang aku tukar semalam da pancit balik..Urghhhh hati panas..aku pegi semula kat kedai tu. Dalam kepala aku rasa aku nak belasah je mamat yang tukar tayar semalam sebab dia kata tayar tu ok. Tapi aku tak de la belasah dia...saje nk sedapkan hati yang tengah membuak...lepas tukar aku bergegas ke opis. Nasib baik tokey tu tak kenakan apa-apa bayaran..kalo tak, aku sumbat mulut dia ngan tayar huhuuhuh....

Lepas habis Melodi live kat Studio B Seri Pentas, semua team Melodi makan tangahari kat Chilli's. Minggu lepas abang Wahid belanja kitorang kat Nasi Ayam Hailam Damansara, kali ni giliran Fafau plak...ngehngeh...


Penuh meja tu ngan makanan. sepenuh perut aku bila aku habiskan Old Timer burger set. Buurrppp... Thank You Farah for the lunch. Macam-macam cerita keluar masa makan tu. Paling best bila Farah buka cerita balik masa mula-mula kitorg jumpa sepuloh tahun dulu. Farah bertugas sebagai Skuad Produa Era dan aku plak keje kat syarikat rakaman SRC. Perghhh lama giler..aku bukak citer yang Farah jual mahal masa tu...tapi Fara x ngaku. hehehehe Muka Farah merah. Team Melodi ketawa berderai. Anyway Farah tetap maintain mcm dulu...


Petang tu aku terus gerak pegi balik "kampung" aku kat Kg kinjang, Chenderiang Perak. Misi nya adalah untuk siapkan pondok yang masa akan datangnye adalah teratak untuk aku tidur dan berehat lepas buat keje kat kebun. Ni lah kronologi persiapan pondok aku sejak Jun lalu. untuk pengetahuan korang ni adalah hasil kerja tangan aku sendiri tau...


Pagi Isnin mendung je..macam ada tanda nak hujan. aku ke pekan Tapah nak beli kayu tuk pondok aku..lepas pegi bank keluarkan duit aku survey beberapa kedai hardware kat pekan Tapah ni.. Baru je kedai kedua aku pegi, hati membara lagi. Tayar yang bocor semalam kini bocor kembali..(aku rasa patut aku sumbat mulut tokey tu dengan tayar aritu). Nasib baik la kedai hardware tu dekat dengan kedai tayar..so beli tayar lain senang citer, tapi tayar second je la...

Da balik kat kebun aku...aku dan ejoy (supervisor kebun aku) naikkan atap zink untuk bumbung beranda..hujan bukit yang sekejap-sekejap buat kerja pembinaan bumbung tersangkut tapi terus sambung keje sampai senja..pastu mandi su... su apa? SUngai laaaa....bedebusshhhh!!! brrrrr... sejuk. Hilang penat aku. Lepas makan malam aku sambung buat keje siapkan pondok lagi...hmmm..aku lah kuli, aku arkitek, aku pelukis pelan dan aku boss... bila pondok nk siap ni???

Pagi hari selasa bermula dengan aktiviti mengumpul rumput napier di bawah pencawang elektrik berhampiran air terjun Lata Kinjang...5 minit je naik motor dari kebun aku pegi Lata Kinjang...peneman dikala memotong rumput tu adalah sang pacat. 8 ekor semuanya...hehehehe happy breakfast la tu...

Rumput-rumput ni elok untuk lembu-lembu peliharaan aku kat kebun. satu bonet keta aku penuh ngan rumput diorg leh abiskan dalam masa 20 minit jer...pelahap btol!!

Lepas tu aku bincang dengan Ayit untuk projek tanaman pisang aku kat baki tanah yang dah diratakan..dia kata petang nanti dia tanam..dengan upah yang dipersetujui.. hmmmm dia rajin.
Pukul 8.30 malam aku gerak balik KL sebab esok ada meeting.

Meeting ni adalah berkenaan Melodi keluaran khas iaitu Melodi Terhangat yang akan disiarkan akhir tahun ni...semasa mesyuarat ayat paling menarik dari skuad Melodi Nik adalah "saya tak nampak lagi masa depan saya" kahakahakahakah!!! pasal dia berkecamuk mana satu yang dia kena dahulukan sebab dia 'dilacurkan' untuk 2 program iaitu final Muzik-Muzik dan Melodi. Steady Nik!! :)

Saturday, October 30, 2010

Permulaan satu Penceritaan


Masih jauh lagi rupanya perjalanan hidup aku..kalo orang tanya "aku tak penat ke satu hari buat macam-macam benda dan perkara?" hmmm..tapi itulah aku. kalo aku duk diam, aku jadi mengantuk. Jalan aku tak selalunya akan jadi mudah..


Mencari keputusan untuk satu permulaan malas di hari yang sejuk-sejuk kuku selalunya jadi huru hara kalau jiwa tak teguh...ini kira ok la aku da mula melangkah semula untuk mencucuk dan menekan papan kekunci bagi korang memahami bait-bait ayat yang aku karang...aku x dapatlah nak terus menerus laju suap apa yang ada dalam kepala otak aku. tak macam pelari marathon yang mana tahap adrenalin mereka tinggi waktu mula larian..kannn....

Yang utama sekarang ni aku mengantok sgt sbb semalam adalah hari yang panjang buat aku kerana terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya. Budak-budak remaja sekarang mungkin tak kenal dengan penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah. Beliau telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit hormon tak normal. Penyakit yang agak jarang berlaku. Akibat daripada serangan penyakit ini akan membuat tekanan darah pesakit naik mendadak. hurmmmm Hanya tuhan yang tahu akan segala kejadian...Semoga beliau cepat sembuh..Aminn


oleh kerana semalam aku tida agak lewat...dalam kul 5 pagi ...tahap mengantuk aku ni kira kritikal jugak la...kalo tidur selesai kot masalah.....Zzzzzzzzz

Thursday, October 28, 2010

dekat satahun

Sedar tak sedar dah setahun lebey aku x up date blog aku ni...xpe, dengan hadirnya bulan November ni banyak lagi cerita, gosip, tips, info dan fakta yang kita leh kongsi sesama..

mungkin esok atau lusa aku leh start kumpul untuk korang baca...hmmmm mungkin..

Friday, July 31, 2009

Festival Dokumentari Malaysia 2009

Pada 29 julai lalu berlangsungnya Malam Anugerah Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang bertempat di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang.

Anugerah yang julung kali diadakan ini adalah bagi mengangkat dan menghargai penggiat-penggiat dokumentari di Malaysia. Ini dah bagussss…

Aku pun rasa macam nak masuk jer. Aku nak nak dokumentarikan budak-budak yang tengah lagakan spider. Mesti bestkan! Budak sekarang dah x tau laga spider camna. Yang diorang tau main PS2 jela...tapi aku nak tayang kat mana plak???


Sambung balik...Dan 4 pemenang yang memenangi kategori utama akan di terbangkan ke Kota Kinabalu , Sabah bagi menyertai Festival Filem Malaysia 22yang bakal diadakan pada 8 ogos nanti di Dewan Cancelor Universiti Malaysia Sabah. Best!!!!


Diantara yang menang adalah team Majalah 3… sempatlah jugak aku amik gambar diorang. Dalam pada tu aku pun ada tanam angan-angan nak dapat anugerah ni jugak nanti..amin....



Pastu tadi aku g Finas lagi...pasal taklimat akhir ngan pengumuman calon-calon yang bertanding. Tiket-tiket penerbangan pun diagihkan tadi. yang bestnya semasa taklimat tu ada la orang-orang kuat persatuan ni cadang macam-macam. Aku dah rasa macam tawaran perniagaan plak. Tapi yang bagusnya ada komunikasi kat situ.

Ramai jugaklah wartawan yang datang termasuklah dua orang wartawan hiburan terkenal dari Utusan Malaysia iaitu Abd Aziz Itar dan pengelola segmen Kringg..Kringg dalam Pancaindera iaitu Niezam Abdullah.


Kat opis plak masing-masing tengah sibuk siapkan story, tulis skrip ngan touch up story. Yang paling panas story Michelle, dia edit cerita Radhi OAG kat mahkamah. Panas siot! tengok jela muka dia yang sangap + gabra tengah siapkan story tu...hehehehee




Wednesday, July 29, 2009

Voice Projection Training



Hahhhhhaaa..hahha....

tadi berakhir lah sudah kelas 'melontarkan suara' yang dikendalikan oleh kak Nurfarahin. 4 kali kelas rasa macam cepat sangat habis..

Rata-rata keseluruh peserta yang datang kelas kali ni memang pecah perut. mana taknye...kalo dah masuk 4 peserta yang memporak perandakan setiap sesi - compare Remaja. hahakhak... bukan kasi jahanam kelas..tapi menggamatkan lagi keadaan laaa...perkara ni memang diakui sendiri oleh kak Farah...

Kelas ni memang bagus sebab kita leh perbaiki segala kelemahan yang kadang2 kita tak sedar secara langsung atau pun tidak...

nanti aku tuliskan apa yang kitorang belajar sebab aku nak kuar assignment ni. Kena g Finas untuk Malam Anugerah Festival Dokumentari 2009. Dato' Dr. Rais Yatim pun ada gak sebab nak sampaikan anugerah katanya...

tgu aku up date nanti ek...

adiosss..

Tuesday, July 28, 2009

Kaa Gaa Haa...

Hari-hari berlalu suram selepas pengkebumian arwah Cik Min. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Ramai rakan-rakan dan keluarga yang datang ke Masjid SS19 Subang Jaya aritu.

Walaupun pada sidang media yang diadakan di hospital 23hb Julai sebelum itu ada meminta supaya mereka tidak berkumpul di masjid dan tanah perkuburaan namun beliau mempunyai ramai rakan di seluruh dunia. Apalah sangat....

Yang kurang enak bila ada pulak rakan arwah (bukan muslim) yang ingin membantu di Masjid dengan mengarahkan wartawan dan jurugambar supaya tidak membuat liputan...Alahaiii... lagaknya macam gangster. Diorang ingat kita kat pasar borong ke hape??? jenazah muslim, di masjid plak tu...nasib baik la photographer ngan cameraman Malaysia sabar belaka..kalo tak mamat cina 3 - 4 orang orang tu memang kena cantas...

Apa yang diorang buat tu tak salah tapi rasanya kurang pengetahuan tentang adab orang islam dan melayu. itulah yang jadi bila taknak amik tau pasal budaya orang. Perkara begini takkan berlaku kalo ahli keluarga lantik orang masjid untuk uruskan sume ni..

Pening pale kalo nak pikir pasal hal orang nih...tu pasallah aku memang malas nak tegur orang yang wat salah sebab diorang ni kadang-kadang rasa diri diorang tu betul...What ever....

Yang penting aku ada last Class untuk Voice Projection Training arini kul 3. Kelas ni untuk memantapkan suara apabila wat stand upper n bila nak wat interview. Supaya jelas, terang dan orang faham bila kita cakap...hehehee

Salah satu latihannya adalah bercakap melalui perut. HHaaaa camna tu. Mula-mula penuhkan udara di perut kemudian sebut Kaa Gaa Haa....

Ikut ya... Kaa Gaa Haaaaaa....

Hehehhehehhehe...

Saturday, July 25, 2009

Al-Fatihah

Selesai dari wat assignment program realiti Oo La La di Shah Alam aku balik..letak beg n g toilet jap. Datang kat meje, tgk handfon sms dan missed call berderet. Masa tu dah pukul 1205am.

Berita yang amat mengejutkan diterima apabila di beritahu Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad yang sedang koma di Hospital Pakar Damansara meninggal dunia. Subhanallah..Innalillahuainnalillahirajiun..

Arwah meninggal dunia disamping suami tersayang, ahli keluarga terdekat serta doktor yang merawat pada jam 2345 25hb Julai 2009 akibat pendarahan di otak akibat strok.

Atas arahan boss ngan penerbit aku trus capai kamera yang dah pulang tadi kat ENG pastu naik motor jer g Damansara Specialist Hospital. kat hospital dah ramai rakan-rakan ngan ahli keluarga terdekat berkumpul. Suasana kat situ memang suram jer. masing-masing seperti takde suara nak bercakap...aku first reporter yang naik atas.

awal-awal lagi reporter yang datang di minta tidak naik ke ICU sebab atas permintaan keluarga. press kena berkumpul kat tingkat satu. aku naik jugak pasal aku rasa aku diantara yang rapat dengan arwah...atas tiket tu aku stay. bukan sebab aku reporter. Uncle Pete saound aku press kena turun bawah...tapi dia faham. sebab aku pernah ada dalam Mualaf kat Perak dengan dia...

Ramai rakan artis yang hadir, pastu Dato' Farid ajak aku turun bawah coz ada Press Conference....Mama Fatimah Abu Bakar, Dr Zakaria (adik ipar Arwah) & Dato' Farid bercakap bagi pihak keluarga. jenazah akan dibawa ke masjid SS19, Subang Jaya untuk dimandi, kafan dan di solatkan sebelum Zohor...

Pihak keluarga meminta supaya peminat dan rakan diharap tidak terlalu memenuhi perkarangan masjid bagi mengelakkan kesesakan dan untuk keselesaan jemaah di Masjid kecuali semasa solat jenazah..

Esok kena cover plak kat Masjid dan semasa kebumi nanti..tapi diorang tak bgtau lagi lokasi pengkebumian...tunggu besok jugak..ni aku nak balik tido dulu sebab pagi esok kena bangun awal. tadi dengar cite jenazah akan sampai di masjid awal pagi untuk dimandikan..harap tak lewat..

tunggu laporan esok ekkk..

Ooo La La!

hari ni hari yang penuh bosan...banyak perkara dan hal yang berlegar dalam kepala. Team Melodi sume dah pegi Sarawak tuk Jomheboh kat Petrajaya, Kuching. siot betol. Aku tinggal sesorang kat sini, tapi xpe...sempat jugak aku buat blog ni walau pun dalam keadaan blurrrr...

hmmmm.... jap lagi nak g assignment pencarian bakat Ooo La La kat Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam kul 8.00 malam. Satu lagi program pencarian bakat realiti di Televisyen. Semoga dapat jugaklah cari pelapis kepada industri muzik kita yang semakin sendu nih...

Tunggu laporan aku nanti ekk...