Wednesday, November 3, 2010

Rezeki November ("_,)

Hari ahad yang cerah patut ceria :) memang best. Bangun pagi, gosok gigi, sidai baju (hmmmm..agak canggung bunyinye bila ada anak teruna sidai baju hehehehe..maklum la bujang).. mandi dan siap pegi opis.

Tapi berapi jugak hati aku ni bila tayar yang aku tukar semalam da pancit balik..Urghhhh hati panas..aku pegi semula kat kedai tu. Dalam kepala aku rasa aku nak belasah je mamat yang tukar tayar semalam sebab dia kata tayar tu ok. Tapi aku tak de la belasah dia...saje nk sedapkan hati yang tengah membuak...lepas tukar aku bergegas ke opis. Nasib baik tokey tu tak kenakan apa-apa bayaran..kalo tak, aku sumbat mulut dia ngan tayar huhuuhuh....

Lepas habis Melodi live kat Studio B Seri Pentas, semua team Melodi makan tangahari kat Chilli's. Minggu lepas abang Wahid belanja kitorang kat Nasi Ayam Hailam Damansara, kali ni giliran Fafau plak...ngehngeh...


Penuh meja tu ngan makanan. sepenuh perut aku bila aku habiskan Old Timer burger set. Buurrppp... Thank You Farah for the lunch. Macam-macam cerita keluar masa makan tu. Paling best bila Farah buka cerita balik masa mula-mula kitorg jumpa sepuloh tahun dulu. Farah bertugas sebagai Skuad Produa Era dan aku plak keje kat syarikat rakaman SRC. Perghhh lama giler..aku bukak citer yang Farah jual mahal masa tu...tapi Fara x ngaku. hehehehe Muka Farah merah. Team Melodi ketawa berderai. Anyway Farah tetap maintain mcm dulu...


Petang tu aku terus gerak pegi balik "kampung" aku kat Kg kinjang, Chenderiang Perak. Misi nya adalah untuk siapkan pondok yang masa akan datangnye adalah teratak untuk aku tidur dan berehat lepas buat keje kat kebun. Ni lah kronologi persiapan pondok aku sejak Jun lalu. untuk pengetahuan korang ni adalah hasil kerja tangan aku sendiri tau...


Pagi Isnin mendung je..macam ada tanda nak hujan. aku ke pekan Tapah nak beli kayu tuk pondok aku..lepas pegi bank keluarkan duit aku survey beberapa kedai hardware kat pekan Tapah ni.. Baru je kedai kedua aku pegi, hati membara lagi. Tayar yang bocor semalam kini bocor kembali..(aku rasa patut aku sumbat mulut tokey tu dengan tayar aritu). Nasib baik la kedai hardware tu dekat dengan kedai tayar..so beli tayar lain senang citer, tapi tayar second je la...

Da balik kat kebun aku...aku dan ejoy (supervisor kebun aku) naikkan atap zink untuk bumbung beranda..hujan bukit yang sekejap-sekejap buat kerja pembinaan bumbung tersangkut tapi terus sambung keje sampai senja..pastu mandi su... su apa? SUngai laaaa....bedebusshhhh!!! brrrrr... sejuk. Hilang penat aku. Lepas makan malam aku sambung buat keje siapkan pondok lagi...hmmm..aku lah kuli, aku arkitek, aku pelukis pelan dan aku boss... bila pondok nk siap ni???

Pagi hari selasa bermula dengan aktiviti mengumpul rumput napier di bawah pencawang elektrik berhampiran air terjun Lata Kinjang...5 minit je naik motor dari kebun aku pegi Lata Kinjang...peneman dikala memotong rumput tu adalah sang pacat. 8 ekor semuanya...hehehehe happy breakfast la tu...

Rumput-rumput ni elok untuk lembu-lembu peliharaan aku kat kebun. satu bonet keta aku penuh ngan rumput diorg leh abiskan dalam masa 20 minit jer...pelahap btol!!

Lepas tu aku bincang dengan Ayit untuk projek tanaman pisang aku kat baki tanah yang dah diratakan..dia kata petang nanti dia tanam..dengan upah yang dipersetujui.. hmmmm dia rajin.
Pukul 8.30 malam aku gerak balik KL sebab esok ada meeting.

Meeting ni adalah berkenaan Melodi keluaran khas iaitu Melodi Terhangat yang akan disiarkan akhir tahun ni...semasa mesyuarat ayat paling menarik dari skuad Melodi Nik adalah "saya tak nampak lagi masa depan saya" kahakahakahakah!!! pasal dia berkecamuk mana satu yang dia kena dahulukan sebab dia 'dilacurkan' untuk 2 program iaitu final Muzik-Muzik dan Melodi. Steady Nik!! :)

2 comments: