Saturday, October 30, 2010

Permulaan satu Penceritaan


Masih jauh lagi rupanya perjalanan hidup aku..kalo orang tanya "aku tak penat ke satu hari buat macam-macam benda dan perkara?" hmmm..tapi itulah aku. kalo aku duk diam, aku jadi mengantuk. Jalan aku tak selalunya akan jadi mudah..


Mencari keputusan untuk satu permulaan malas di hari yang sejuk-sejuk kuku selalunya jadi huru hara kalau jiwa tak teguh...ini kira ok la aku da mula melangkah semula untuk mencucuk dan menekan papan kekunci bagi korang memahami bait-bait ayat yang aku karang...aku x dapatlah nak terus menerus laju suap apa yang ada dalam kepala otak aku. tak macam pelari marathon yang mana tahap adrenalin mereka tinggi waktu mula larian..kannn....

Yang utama sekarang ni aku mengantok sgt sbb semalam adalah hari yang panjang buat aku kerana terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya. Budak-budak remaja sekarang mungkin tak kenal dengan penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah. Beliau telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit hormon tak normal. Penyakit yang agak jarang berlaku. Akibat daripada serangan penyakit ini akan membuat tekanan darah pesakit naik mendadak. hurmmmm Hanya tuhan yang tahu akan segala kejadian...Semoga beliau cepat sembuh..Aminn


oleh kerana semalam aku tida agak lewat...dalam kul 5 pagi ...tahap mengantuk aku ni kira kritikal jugak la...kalo tidur selesai kot masalah.....Zzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment